Friday, October 06, 2006

Aku rindu pada anak




Dah cukup 3 minggu Irfan tinggal di Kelantan, aku dan Ms. Eira duduk termanggu manggu di rumah, tak tahu apa nak buat, walaupun ada benda boleh buat, tapi dalam diri rasa kesunyian sebab anak takda disisi. Boleh kata setiap hari balik kerja, aku siap berbuka, sembahyang dan pukul 11:00 pm dah masuk tidur, bangkit pukul 5:00 am dan terus ke office Subang Jaya pukul 6.30 am, itu dia rutin seharian aku.
Malam ni aku bercadang nak memboling dulu, dah sekian lama aku tinggalkan sukan ni, sbb nya nak kumpulkan duit, kondo yang aku beli dah dak siap (95%) cuma sistem perparitan sahaja yang belum siap, rasanya mungkin dalam rm20k guna untuk renovation nanti.Jadi terpaksa la aku stop dulu nafsu bowling ni, sementara tu simpan simpan duit sikit, sebab besar perancangan nak buat renovation ni, budget takla besar cuma biar nampak menarik dan berbaloi dengan duit yang aku labur,

Wednesday, October 04, 2006

Tak handsome




Last week, aku balik ke Kelantan jenguk Irfan kat sana, aku ingatkan perkembangan semakin baik, rupanya sebaliknya, terkejut tengok rupa Irfan muka penuh naik kesan luka luka kecil, tapak tangan, kaki, belakang badan, pinggul dan peha.
Aku kurang berpuas hati sebab apa jadi macam ni, jadi aku ke Klinik pakar Balqis, pakar kulit di Kota Bharu, apa yang doctor ni kata mmg masuk akal, kalau pada awalnya aku hantar ke pakar dan pantau luka sebelum ni, masalah kulit ni tak akan terjadi dan takan menjangkit ke bahagian badan yang lain,
Cuma aku duduk berfikir akan lawak mak mentua aku, aku fikir zaman sekarang ni masih ada bomoh yang boleh mengubati penyakit seperti ini?, masa dulu ketika aku kecil selalu la jumpa bomoh, sekarang ni bomoh pun ke hospital, jadi kesimpulannya, sakit atau apa, jumpa doctor atau ke hospital, itu jalan terbaik, at least jadi pengajaran buat aku,
ini lah muka muka bahagia yang sempat aku rakamkan masa balik Kelantan hari tuh, muka muka yang sepatutnya handsome tapi jasi sebaliknya, dah la pulak nak menjelang raya ni,