Monday, September 25, 2006

Hari pertama puasa


Assalammualaikum,

aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh malaysia. Today hari pertama puasa, so takda agenda menarik cuma aku duduk kat rumah layan dvd aja, sebelah petang aku pergi siapkan kerja untuk esok, esok aku akan ke KWSP untuk process pengeluaran dan pengurangan baki pinjaman rumah, aku terpaksa keluarkan account 2 KWSP untuk bayar rumah bulan depan,
Rumah yang aku beli dah start bayar penuh bulan 10 ni, tapi memeningkan kepala apa yang aku plan tak menjadi, rumah tak siap lagi tak perlu bayar 2 rumah, sewa dan beli jadi memudaratkan sikit kewangan, jadi jalan terbaik aku menggunakan saluran planning kewangan ke 2 ni, betul tak cara aku?, kalau aku buat pinjaman bank atau persendirian, aku terikat pada penghutang, dengan pengeluaran account 2 ni dapat juga aku bayar rumah advance 8 bulan, jadi dalam 8 bulan ni boleh la aku menyimpan utk bayaran selanjutnya.
Nak dijadikan cerita, puasa hari pertama aku kali ni memang sempoi, wife aku tak sediakan makanan untuk berbuka pun, memandangkan kami berdua, dan dia pun tak posa sebab " bulan jatuh ka riba", selepas photostat dokumen2 untuk esok, aku ka satu gerai ni di Bandar Sri Permaisuri, aku beli makanan untuk berbuka puasa, aku ambik seketul kepak ayam(kari) dan 2 ketul terung (sambal), bila aku bayar, alangkah terkejutnya, harga yang dinyatakan buat aku terpinga pinga sebentar, RM5.50, itulah harga yang dinyata!!..fullawey, harga makanan yang selalu aku makan rm3.40~rm3.50, aku terus bayar sahaja, dan aku malas nak argue bulan bulan puasa ni, sebab aku malas nak cari pasal.
Kakak tuh masa sebut harga pun, kelihatan pk 2-3 kali, dan sebutannya RM5.50 tuh kedengaran RM2.50, tapi aku tanya balik, terkejut aku RM5.50, jadi persoalannya disini, macamana harga seketul ayam dan 2 ketul terung naik rm2?, adakah sebab semata mata bulan puasa, peniaga-peniaga kecil ni cekik darah kita?, mengambil kesempatan semasam bulan puasa ni untuk menipu pengguna macam kita?, bagi aku tak kisah mahal, tapi biar ianya berbaloi, DAN jika peniaga kata, harga modal mahal, aku nak ingatkan, wahai peniaga..jika modal mahal, untung adalah sikit, dan peaing pun banyak jadi memang untung takda, harga modal pun belum tentu covered, jadi nasihat dari aku, janganlah ambik risk berniaga, menyusahkan pengguna serta diri anda, ingat tuh..pada kakak tadi, hari ni aja, aku korbankan RM5.50 tuh, dan tidak utk esok atau hari seterusnya..

Friday, September 22, 2006

Kesan dari allegic ubat



Sebelah kesan dari allergic ubat setelah 2-3 hari berlalu, jadi tangan anak aku yang lawa jadi berkurap dan berkudis la sikit.Admin office aku nasihatkan supaya aku refer kepada pakar kanak-kanak, atau pergi ke private hospital, tapi biarlah tunggu dulu disebabkan aku dah pun terima rawatan dari HUKM ni.Sekarang aku dah hantar Irfan balik ke kampung atuknya di Kelantan,aku tak perlu risau sebab ada yang jaga dia di sana. Kalau duduk di KL ni, terpaksa aku hantar ke rumah nenek tu, aku kurang yakin sekarang ni sbb nenek perlu jaga 5 orang lagi budak budak sebaya Irfan.

Dah 5 hari Irfan di Kelantan, aku dan wife memang rasa sunyi, hari hari aku tengok video Irfan ni, rindu aku, mana taknya, kalau dia ada dirumah tiap-tiap hari aku bergaduh dengan dia, selalunya dia takmo aku duduk disebelah dia sambil dia tengok teletubbies, selalu dia akan marah dan halau aku duduk tempat lain, itu dia hubungan antara ayah dan anak, walaupun macam tu, aku mmg rindu pada Irfan.

2 orang duduk kat rumah, boring..setiap kali balik aku cuma duduk dan terus tidur, dah 2-3 hari ni aku suami isteri makan tak menentu, maybe ingatkan anak, takpa next week dah masuk dalam jadual, aku akan balik ke Kelantan untuk menjemput Irfan balik ke KL,

どうしてもIRFAN君の顔をみたいね。。来週俺のOFFの友達日本に帰国する、KLIAに見送りにいくかな。。みんなもまだ決めてない、最後だから、行こうか?。。今日MALAYSIAのフジツセンターに行ったけど、富ちゃんのNOTEBOOK修理できかった。そのひと言ったのは、パーツはなくて日本からのパソコンやNOTEBOOKなどサポートできないだって。。面倒くさいな。。

YOSHHH..俺自分で修理するか、HDDのコストはRM400かかるから、ただのデータのコピーとINSTALLATIONをやってあげる。

Saturday, September 16, 2006

Ubat





Sy ventolin, Multivitamin dan Axcel Promethazine-5 yang mana satu penyebab tindabalas pada antibodi Irfan?, jadi ubat ubat ni aku bawa ke HUKM untuk analisis mereka dan sebab mereka bersungguh-sungguh mungkin ubat ubat ni aku terima dari HUKM. Kesan ubat ni ke atas Irfan, kulit nya jadi kemerah merahan sehingga timbul bintik bintik merah seakan akan campak. yang paling jelas sekali, timbul macam CP di celah celah jari Irfan,yang ni memang betul meruncingkan aku sebab habis jari jarinya merekah dan berdarah, kalau difikirkan balik memang menakutkan sebab 1 kes adik au cerita di HUSM Kelantan, mamat ni terbakar keseluruhan tubuh badannya disebabkan kompilasi antara antibodi badannya dan antibiotik.
Semalam pukul 5.30 pm Irfan discharge dari HUKM, so bill boleh la tahan dan masih mampu nak dibayar,aku akan gunakan prodential untuk claim balik bill bill hospitality ni, mana larat beb, rm100 permonth untuk anak, rm100 pun duit juga, jadi aku mesti dapatkan kelebihan insurance ni.Penerangan dari doc buatan aku rasa lega, takda penyakit penyakit yang pelik, cuma virus infection pada paru paru nya setelah dilihat dari x-raynya, itu pun doc tuh kata, masih ta boleh percaya 100%, yang ni aku setuju, sebab sepanjang 2 hari ni, banyak ralat yang aku nampak, bukan pada peralatan (tools) pada hospital, tapi kekurangan pada kecekapan, skill dan pengalaman, yang pasti satu ketika, jururawat ambil suhu badan Irfan dengan keputusan ralat yang besar antara demam dan sihat, macamana tu?
土曜日の朝、僕は6時おきました、IRFAN君は一晩ずっと寝なかった。何の問題でしょ?僕は我慢できなくて彼をしかった、どうでもないけど、僕は眠れるだもん。。YOSHHHH..早くおきてTAMAN TENAGAのROTICANAI食べに行ましよう。。

Friday, September 15, 2006

Demam





Hari ni satu hari suntuk aku duduk kat HUKM, semalam Irfan batuk dan selsema, ni semua gara gara jangkitan dari budak budak rumah nenek ni, aku dah agak dah, kalau 2 orang budak tuh datang balik mesti bawa penyakit sebab dah seminggu 2-2 tuh kena demam campak.Irfan batuk batuk dan aku tengok pernafasan dia makin kencang, dan aku tahu mesti nak semput, jadi aku bawa ke HUKM, sebelum tu aku dah bawa ke Klinik Idzam, sebab kurang professional staff sana, susah nak kasi rawatan pada Irfan dengan "nebulizer" tuh, akhirnya doc give up,
Aku ingatkan selepas tu baik, awal pagi puku 1.30 am, semput datang balik dan aku tengo Irfan mengigil gigil, jadi aku bawa ke HUKM, disana ambil lagi rawatan "semput " ni, doc HUKM pun ada bagi 3 jenis ubat yang mana aku tak tahu apa tujuan ubat tersebut, sbb takda tulis apa-apa, selepas kasi Irfan ubat ni, muka dia pulak naik bengkak dan seluruh badannya naik ruam, mata...hoka no mondai ni natte shimau (また問題になってしまう。。)今日病院に連れて行ってからIRFAN君が入院に入りました。病気は分からないけど、先生の言ったのは薬のせいでALLERGICになってしまった。また問題が追いました、どうしても休みをしなければならない、今日は休みでした。。
本当今日の準備はCLARIONのワイヤーレスをINSTALLするはずです、休みをしたから、明日に決定する事になった、また。。また。。また。。体がつかれたから早く寝よう。。皆さん、お休みなさい!!

Tuesday, September 12, 2006

Kamen Rider Kabuto..



Kamen Rider Kabuto

Setiap isnin aku make sure aku tak ketinggalan nak torrent cerita budak budak ni dari internet, ini aja lah bahan bahan yang aku boleh gunakan di rumah untuk Irfan supaya dia duduk diam. Saja aku buka cerita cerita budak budak macam ni, supaya otak dia lebih berfikir sikit, antara realiti dan khayalan, tetapi bagi aku kalau tgk benda ni kadang kadang leka jugak aku sebab kalau la jepun berjaya buat robot macam ni?, bukan ke hebat?, Robot Engineering aku study sana dulu pun buatkan aku terfikir hebatnya derang ni, yang paling aku suka tengok ular, macamana movement, mechanism, structure, programming yang derang hasilkan?, hebat..hebat..

Samping tuh masa ni la nak kasi si Irfan, peka dan paham bahasa jepun, Alhamdulillah, dia paham sedikit sebanyak apa yang aku sebut, dan pendapat aku masa ni la nak menarikan dan mendidik dia apa yang dia suka,


Makanan seimbang

Semalam balik dari kerja aku terus ambik Irfan kat rumah nenek yang jaga dia, mmg hujan lebat semalam, habis basah aku dan puas jugak aku menunggu dalam kereta sebelum naik keatas rumah nenek tu di Cheras, aku naik ke atas, beri salam, takda sapa jawab salam, aku bukak pintu sebab pintu tak terkunci, aku tengok ke dalam, sedih aku tengok si Irfan tidur atas sofa aja, aku terfikir tak bahaya nenek ni letak Irfan tidur atas tu?, sebab budak ni lasak, takut jatuh ke bawah. Sekarang ni aku kena pantau atau sesekali buat "spot check", sebab sebelum ni telinga anak aku ni lebam, memang naik darah aku, aku sendiri tak sampai hati nak pukul anak, aku tak salahkan nenek, cuma aku terfikirkan anak anak nenek yang menyusahkan dia ni, yang hanya tahu makan tidur, pagi aku hantar, apa aku nampak si "S" ni tidur, balik aku ambik Irfan pun anak nenek ni si "S" ni tidur jugak, apa kerja dia agaknya..

Sampai rumah, aku letak bag laptop, buku-buku semua tanggal kemeja,aku terus masakan makanan Irfan, masakan yang simple, cuma ikan goreng, sayur carrot, brocoli dan tauhu, aku rebus dengan sos tiram, make sure sayur tu separuh masak, memang favorite si Irfan ni makan carrot, jadi aku kasi la 50% masak dan senang dia nak kunyah, aku tanya nenek si Irfan makan ke tidak, dia kata 2-3 kali suap anak aku dah lari takmo makan, jadi nenek biarkan aja, sampai la petang pukul 6.30 petang tuh aku ambil, kesimpulannya anak aku makan hanya 2-3 sudu sepetang, sedih aku, sbb nenek tak jaga anak aku betul betul, bayangkan badan macam budak dari bosnia dah, kurus semacam, setiap kali ke HUKM, doctor akan timbang, dan mesti perli aku cukup-cukup, kesihan aku..

Monday, September 11, 2006

Putrajaya に行きました!!!やったぜええ!!



Sabtu 9/9/2006 lepas aku bawa si Irfan ke Putrajaya, saja jalan jalan dan jumpa Wak (senpai) aku kat sana, kebetulan dia dan tunang dia baru selesai kursus kawin, kah..kah..kah..apa la ko ni wak!, umur dah lanjut, baru nak kawin?, alasan lambat nak kawin sebab takda duit?, mungkin tak kot, sbb kerja pun best ko, cuma mungkin ko tak hensem kot, Si Irfan ni suka la dia berjalan, jarang aku bawa dia jalan jalan sebab aku sendiri takda masa, banyak masa habis untuk kerja, balik kerja dah letih dan tidur dah, letih sangat la, sebab office aku ni jauh dan di kawasan jem memanjang, busan..busan,
Malam tadi, budak budak office ni janji nak makan di Sushi King IOI Mall, aku saja ja datang lambat,sebab malas nak makan situ, dah la mahal, tak sedap tuh memang tak dinafikan, si Jai makan ja dah kena rm26, gila apa?, ntah apa apa nya nihon teishoku, cam haprak la, suka hati ja, kata makanan jepun, makanan malaysia laaa.., selesai budak budak ni makan, baru la pi main bowling, lama tak membaling, asyik masuk longkang aja, apa masalahnya sebenarnya ni?, jawapanya mudah, tangan tak bedung la.



Bertahun tahun aku guna pc ni, ni baru kali pertama aku nak buat blog sendiri, so ini lah blog aku yang tak seberapa, saja saja nak up kan khas untuk kawan aku si Makoto, yang akan balik ke japan, si Makoto baru saja kerja di Malaysia selama 1 tahun 8 bulan kat company aku, dan akhirnya dia ambil keputusan nak balik ke Japan, dan tama-tama (kebetulan) dia dah jumpa kerja disana, Denso Japan,

Hari ni Grace dah tanya si Bibi, dah attend tak training yang aku buat untuk CCNA, Bibi kata belum lagi pada Grace, terus terang aku cakap, aku tak tahu apa yang aku nak train budak budak ni, memandangkan semuanya pandai pandai, bila aku kata nak mula, semua pula kata sibuk, lebih lebih lagi minggu ni adalah minggu terakhir si Makoto ada kat office ni, next week takda la aku lagi partner (IT Department),

Minggu ni minggu last, jya minna san, bowling, karaoke shimashou!!!, tapi sapa yang nak ikut?, aku sorang ja layan bowling takda masalah, sebab lama tak main, sejak berhenti main sebab masalah kewangan hari tuh, main balik nak release bola pun tak betul, timing pun salah, baca dot pada lane pun tak betul, pendek kata, tangan ku tak bedung,

ok, aku nak sambung keje daaaaa..