Monday, September 25, 2006

Hari pertama puasa


Assalammualaikum,

aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh malaysia. Today hari pertama puasa, so takda agenda menarik cuma aku duduk kat rumah layan dvd aja, sebelah petang aku pergi siapkan kerja untuk esok, esok aku akan ke KWSP untuk process pengeluaran dan pengurangan baki pinjaman rumah, aku terpaksa keluarkan account 2 KWSP untuk bayar rumah bulan depan,
Rumah yang aku beli dah start bayar penuh bulan 10 ni, tapi memeningkan kepala apa yang aku plan tak menjadi, rumah tak siap lagi tak perlu bayar 2 rumah, sewa dan beli jadi memudaratkan sikit kewangan, jadi jalan terbaik aku menggunakan saluran planning kewangan ke 2 ni, betul tak cara aku?, kalau aku buat pinjaman bank atau persendirian, aku terikat pada penghutang, dengan pengeluaran account 2 ni dapat juga aku bayar rumah advance 8 bulan, jadi dalam 8 bulan ni boleh la aku menyimpan utk bayaran selanjutnya.
Nak dijadikan cerita, puasa hari pertama aku kali ni memang sempoi, wife aku tak sediakan makanan untuk berbuka pun, memandangkan kami berdua, dan dia pun tak posa sebab " bulan jatuh ka riba", selepas photostat dokumen2 untuk esok, aku ka satu gerai ni di Bandar Sri Permaisuri, aku beli makanan untuk berbuka puasa, aku ambik seketul kepak ayam(kari) dan 2 ketul terung (sambal), bila aku bayar, alangkah terkejutnya, harga yang dinyatakan buat aku terpinga pinga sebentar, RM5.50, itulah harga yang dinyata!!..fullawey, harga makanan yang selalu aku makan rm3.40~rm3.50, aku terus bayar sahaja, dan aku malas nak argue bulan bulan puasa ni, sebab aku malas nak cari pasal.
Kakak tuh masa sebut harga pun, kelihatan pk 2-3 kali, dan sebutannya RM5.50 tuh kedengaran RM2.50, tapi aku tanya balik, terkejut aku RM5.50, jadi persoalannya disini, macamana harga seketul ayam dan 2 ketul terung naik rm2?, adakah sebab semata mata bulan puasa, peniaga-peniaga kecil ni cekik darah kita?, mengambil kesempatan semasam bulan puasa ni untuk menipu pengguna macam kita?, bagi aku tak kisah mahal, tapi biar ianya berbaloi, DAN jika peniaga kata, harga modal mahal, aku nak ingatkan, wahai peniaga..jika modal mahal, untung adalah sikit, dan peaing pun banyak jadi memang untung takda, harga modal pun belum tentu covered, jadi nasihat dari aku, janganlah ambik risk berniaga, menyusahkan pengguna serta diri anda, ingat tuh..pada kakak tadi, hari ni aja, aku korbankan RM5.50 tuh, dan tidak utk esok atau hari seterusnya..

No comments: