Tuesday, September 12, 2006

Kamen Rider Kabuto..



Kamen Rider Kabuto

Setiap isnin aku make sure aku tak ketinggalan nak torrent cerita budak budak ni dari internet, ini aja lah bahan bahan yang aku boleh gunakan di rumah untuk Irfan supaya dia duduk diam. Saja aku buka cerita cerita budak budak macam ni, supaya otak dia lebih berfikir sikit, antara realiti dan khayalan, tetapi bagi aku kalau tgk benda ni kadang kadang leka jugak aku sebab kalau la jepun berjaya buat robot macam ni?, bukan ke hebat?, Robot Engineering aku study sana dulu pun buatkan aku terfikir hebatnya derang ni, yang paling aku suka tengok ular, macamana movement, mechanism, structure, programming yang derang hasilkan?, hebat..hebat..

Samping tuh masa ni la nak kasi si Irfan, peka dan paham bahasa jepun, Alhamdulillah, dia paham sedikit sebanyak apa yang aku sebut, dan pendapat aku masa ni la nak menarikan dan mendidik dia apa yang dia suka,


Makanan seimbang

Semalam balik dari kerja aku terus ambik Irfan kat rumah nenek yang jaga dia, mmg hujan lebat semalam, habis basah aku dan puas jugak aku menunggu dalam kereta sebelum naik keatas rumah nenek tu di Cheras, aku naik ke atas, beri salam, takda sapa jawab salam, aku bukak pintu sebab pintu tak terkunci, aku tengok ke dalam, sedih aku tengok si Irfan tidur atas sofa aja, aku terfikir tak bahaya nenek ni letak Irfan tidur atas tu?, sebab budak ni lasak, takut jatuh ke bawah. Sekarang ni aku kena pantau atau sesekali buat "spot check", sebab sebelum ni telinga anak aku ni lebam, memang naik darah aku, aku sendiri tak sampai hati nak pukul anak, aku tak salahkan nenek, cuma aku terfikirkan anak anak nenek yang menyusahkan dia ni, yang hanya tahu makan tidur, pagi aku hantar, apa aku nampak si "S" ni tidur, balik aku ambik Irfan pun anak nenek ni si "S" ni tidur jugak, apa kerja dia agaknya..

Sampai rumah, aku letak bag laptop, buku-buku semua tanggal kemeja,aku terus masakan makanan Irfan, masakan yang simple, cuma ikan goreng, sayur carrot, brocoli dan tauhu, aku rebus dengan sos tiram, make sure sayur tu separuh masak, memang favorite si Irfan ni makan carrot, jadi aku kasi la 50% masak dan senang dia nak kunyah, aku tanya nenek si Irfan makan ke tidak, dia kata 2-3 kali suap anak aku dah lari takmo makan, jadi nenek biarkan aja, sampai la petang pukul 6.30 petang tuh aku ambil, kesimpulannya anak aku makan hanya 2-3 sudu sepetang, sedih aku, sbb nenek tak jaga anak aku betul betul, bayangkan badan macam budak dari bosnia dah, kurus semacam, setiap kali ke HUKM, doctor akan timbang, dan mesti perli aku cukup-cukup, kesihan aku..

No comments: